Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

TIPS : 5 TIPS & TRICK KETIKA MEMBELI MELALUI ONLINE !

Elak diri menjadi mangsa penipuan jualan atas talian 
Artikel kali ni Intan nak kongsikan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk memastikan anda terima produk sepatutnya 
Sekarang nih macam-macam jenis Penipuan yang sedang berlaku...

Intan sebagai Seller pun takut bila nak membeli secara Online & memang akan pastikan bebetol then baru Intan beli...
Tambahan Pre Order.... Memang Intan akan review profile dia kekadang sampai Sebulan tau
Cerewet tak Intan 

Selain butik jenama yang mempunyai laman web sendiri, media sosial terutama Instagram atau Facebook Pages mempunyai jutaan ‘Kedai’ atau 'Restoran' dalam talian. 
Akaun khas bagi setiap produk berbeza dibuka untuk menawarkan servis dan barangan jualan kepada kita.

Intan yakin, sekarang ni mesti ramai di kalangan anda yang mempunyai akaun Instagram (IG) & Facebook Pages (FB) malah kebanyakannya juga boleh dianggap ‘Pembeli Tegar’ produk dalam talian. 
Ye la... Tanpa perlu bersusah payah ke pusat beli-belah, akaun jualan di Instagram / FB Pages menjadi pilihan remaja. 
Namun, bagaimana untuk kita elakkan diri daripada dianiaya
Memandangkan banyak aduan membabitkan penipuan jual beli atas talian direkodkan.

Kali ini Intan ada sedikit tips untuk dikongsikan kepada anda semua.

1. BACA TESTIMONI
  • Testimoni adalah ruangan komen atau kenyataan daripada pengguna lain yang sudah menggunakan servis atau produk terbabit. 
  • Perlu diingat, akaun IG / FB Pages yang memiliki jumlah pengikut yang ramai belum tentu sah dan meyakinkan kerana kuantiti pengikut boleh dibeli. 
  • Periksa komen di gambar produk atau gambar berkaitan yang dimuat naik sebelum membeli. Jika komen itu berbaur negatif ataupun ia ditulis oleh akaun ‘SPAM’, lebih baik cari akaun lain yang menjual barang sama.
2. CARI FAKTA SAH
  • Selain memeriksa testimoni, anda juga boleh melihat individu berkaitan yang pernah ditaja jenama terbabit. 
  • Sama ada membabitkan selebriti, kenalan rapat mahupun Insta-seleb, pastikan kesahihannya sebelum klik untuk membuat pembayaran.
3. LIHAT GAMBAR
  • Kebanyakan daripada pembeli akan kecewa kerana barang diterima berbeza daripada gambar yang dimuat naik di akaun terbabit. 
  • Anda perlu MEMASTIKAN KEASLIAN gambar yang Seller tersebut Share. 
  • Sama ada gambar produk diambil di Internet, dicuri daripada akaun lain atau dirakam sendiri oleh jurugambar mereka, anda tentukan. 
  • Lebih selamat jika anda berhubung dengan pembeli dan minta mereka untuk hantar gambar produk sama, namun dari sisi berbeza.
4. BANDING HARGA
  • Ribuan akaun jualan dibuka hampir setiap hari di Instagram. 
  • Barangan dijual juga ada kalanya hampir sama atau sama seperti beberapa akaun lain. 
  • Sebelum memutuskan untuk membeli, ada baiknya untuk anda bandingkan dulu harga dengan beberapa kedai online lain. 
  • Mungkin agak leceh, tapi ia untuk selamatkan poket anda dengan mendapatkan barang pada harga lebih murah.
5. KEMAS KINI BAYARAN
  • Selepas selesai membuat bayaran, jangan lupa untuk meminta ‘TRACKING NUMBER’ daripada penjual. 
  • ‘TRACKING NUMBER’  adalah nombor khas diberi oleh syarikat penghantaran barang untuk anda mengesan penghantaran barang berada di lokasi tertentu. 
  • Lebih mudah kerana anda boleh mengesannya melalui laman Web Syarikat penghantaran terbabit. 
  • Lebih Cepat, Mudah dan Selamat kan
Noted : Intan harap dengan Tips & Trik sebegini, anda semua TIDAK LAGI menjadi mangsa Penipuan Jualan atas Talian... Anda Boleh SHARE Artikel ini jika mahu 
Displaying phonto.jpg
Read More...

INFO : WHATSAPP WEB BUAT PENGGUNA iPhone & Android !


Adoi.... Sedih rasa hati....
Korang tahu tak pasal Whatsapp Web nih
Seriously Intan baru tahu rupanya Whatsapp Web nih dah boleh la guna melalui Laptop...
Intan merupakan Pengguna iPhone so sebelom nih memang TAK ADA tau.... 
Setelah sekian lama.... Rupanya  WhatsApp Web nih bukan hanya untuk pengguna Android aje... Tapi iPhone pun dah boleh Beriang Ria tau...
Pada yang dah berzaman tahu...  Korang bule aje Pangkah lelaju or Click Next 
Kalau korang nak teruskan pun boleh 
.
Kalau korang nak tahu... Mudah sangat tau korang nak buat keje sambil tu bule Whatsapp lagi 
Pada yang masih tak tahu... Meh sini Intan bagitau korang cara mudah untuk guna Whatsapp Web nih....

Untuk Pengguna iPhone dan Android image

1. Pergi ke link : https://web.whatsapp.com/

2. Nanti korang akan nampak QR CODE untuk discan melalui phone nanti ..


3. Pergi  Aplikasi Whatsapp di smartphone korang , tekan bahagian Settings dan pergi terus ke Whatapp Web..

4. Halakan terus phone korang ke bahagian QR CODE di laptop korang tadi ...

5. Dan Automatik akan ter-connect terus dari handphone ke laptop ..

Jadi lepas ni , lebih mudahlah korang nak ber-whatsapp dengan orang lain ... 
agi-lagi kepada peniaga online .. 
Sambil2 ber-facebook ,  sambil berbalas whatsapp menggunakan laptop , netbook ataupun PC . 

Tapi perkara penting , kalau nak guna Whatsap Web ni , pastikan smartphone korang tu ada internet lah ye . 
Kalau tak de internet , korang bukak lah whatsapp web di laptop pun , mesti takkan boleh connect ..

Intan dah Download Whatsapp Web ni .... Korang bila lagi 

Intan Sekadar Berkongsi....

Credit : Cik Lyssa Comel


Read More...